Pages

Wednesday 1 June 2016

#HazwieNoliInAction - Hazwie betemu keluarga

Assalamualaikum

hhehe..tak taw nak mulakan entry ni cne..sebab, macam hepi.hahaha. Gedik sangat ko eh? Pang kang...Oklah, haritu decide Hazwie datang rumah aku untuk jumpa ayah n family pada 29 Mei 2016. Motif datang sebab nak mintak permission nak bawa keluarga dia datang nanti jumpa keluarga aku. Aku seronok bukan sebab apa ye..Sebab before ni, aku cukup takut tak selesa nak bercakap tentang relation dengan ayah aku. Masa aku study laaaagii laaa. Memang tak lah aku nak bawa BF jumpa ayah. Memang tak lah aku nak confess dengan ayah yang aku tengah 'in-relation' dengan sape-sape. Masa study ni maksud aku dekat u ye, bukan sekolah menengah. Masa dekat u tu, memang aku niat, masa convo aku nak kenalkan dengan ayah siapa aku berkawan (La Sangat). Konon masa convo sebab tanda dah hbs study la.hahaha.

Sekarang dah kerja, umur pun dah 26 tahun, memang dah sepatutnya la kan aku bagitahu ayah. Takkan nak tunggu umur 30 tahun kot? haha. Seminggu sebelum 29hb, memang aku dah bagitaw ayah siap-siap la Hazwie nak datang jumpa dia personal dulu.hehehe. Ayah ok jelah; tapi dia mintak jugak abg li datang sama.Knowing ayah, dia mesti nak ada penguat jugaklah. Aku paksa si Kokpi balik jugak la..yelaaaa..aku mana berani ok nak masak bagi sekeluarga makan.. hahaha. Aku masak, aku makan sendiri..berani la...lalalalalla.

Aku dengan kokpi decide menu Asam pedas ikan kerisi (Kawwwww punya), kerabu pucuk paku terbhoikkkk gile ok, sambal sotong yg gemuk-gemuk, ulam ulaman, sambal belacan, pengat pisang, air sirap. Phewww. Sendat perut makan. Eh, ni nak meraikan tetamu or nk meraikan perut sendiri..kahkahkah. Aku balik mentakab hari sabtu dengan kokpi n somi beliau. Petang tu sampai, takcabut tudung, terus gerak p cari barang nak masak esok. Cari pucuk paku gemuk n segar kat pasar malam, n barang lain tu dekat supermarket (TF). Petang lepas settle semua, p makan dekat kedai emak suami kokpi..kikikiki.. balik je rumah, lepas mandi, terus buat pengat pisang dulu...sambil prepare bahan-bahan..Esok boleh masak terus je. Dah siap tu, perhhh..terus tidur.

Esok nya, bangun..lepas tu terus tolong kokpi masak. Tapi, sebab semua dah prepare malam sebelum tu, xdelah kelam kabut sangat.. Masak dengan smooth je hari tu. Rice cooker rumah kiteorang memang kecik je ok, size paling mini tu..hahaha..tapi, ni ramai gile nak makan. So, minta ayah bawa rice cooker besor dari Office. Aku rasa haritu, aku masak nasi dekat 10 pot. Gile la, dh kenapa banyak sangat.hahaha.. Tapi, aku suka bila ajak org makan dekat rumah, nasi tu biar berlebih kat mata tetamu tu. nanti, takdelah dia nak tambah nasi jadi segan pulak sebab nasi ngam-ngam.hahaha. I is kenot ok, bagi orang makan, konsepnya biar puas.

Lepas makan, semua duk borak santai dekat ruang tamu..sementara bibik-bibik aku dengan kokpi kemas n basuh pinggan semua. Masa borak santai, bagi nasi turun dulu.hahaha. Bila aku pun dah siap kemas semua, dalam hati aku..Bila nak mula topic sebenarnya ni..Nampak nawwww perangai tak menyempat..hahahah. Bila aku Nampak semua cam tak buka topic lagi, aku pun dengan poyo, buat-buat lah nak bersiap n kemas baju sebab masa Hazwie balik, aku pun balik sekali Puchong. Esok Isnin, kena keje. Owh, lepas aku siap semua tu, ayah start buka topic..hehehe

Aku;walaupun tengah kemas baju dekat atas, aku dengar ok apa yang diorang bincangkan..hahaha, Hazwie pun bagitw ayah la, yang dia nak minta izin nak bawa family datang lepas raya tahun ni. Perkara seterusnya adalah P&C la buat masa ni..hahaha..Bila semua dah clarify, lega sikit hati aku ni..hehehe..Macam kan dah lepas nikah nak lega segala..hehehe, Tapi, tak kisahlah. At least, lepas dah satu step. Lepas ni, step seterusnya pulak, InshaAllah.

Dah selesai semua, ayah pun nak bersiap pergi Car Booth Sale. Aku pun nak gerak sekali jugak balik Puchong. Macam tu lah kissahnya Hazwie bertemu keluarga aku secara rasmi buat kali pertama.hehehe. Semoga perancangan seterusnya dipermudahkan dan diberkati Allah, InshaAllah. Amin.

Till then,
Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment