Pages

Sunday 5 March 2017

#HazwieNoliInAction - Kad Kahwin

Assalamualaikum

Halluuuu everyone.. Now dah main hashtag-hashtag ye..hahaha.. Senang nanti nak review semula.
Ok, Ahad baru ni, 050317 to be exact...aku bekerjasama dengan Hazwie memasukkan kad kahwin dalam envelope. Boleh je aku buat sorang tapi MALASSSS. hahaha. Nak kahwin sesama, buat sesama la konsepnya, gitewwww.

Ok, plan Ahad tu sebenarnya nak buat beberapa perkara:-
a. Nak ikat reben pada buku 3-surah.
b. Masukkan kad kahwin dalam sampul.
c. buka SPPIM (system perkahwinan & pernikahan Malaysia) untuk proses dokumen nikah.

Teka, apa je selesai?? untuk point b sahaja ye, itupun ada lagi 100 yang tak settle. hahaha. Kira selesai ke acane tu?

Ok, memula untuk point a, kiteorang verangan nak buat dekat pondok picnic dekat Taman Wetland Putrajaya. Siap nak bawa surat khabar la, nak bekal makan nasi tengah hari la, nak tapau kuih sket-sket la sambal buat kerja. Masalahnya, nan hado.hahaha. Hari hujan, so, takkan nak bersepah dalam kete kot ngikat reben tu sume. So, kenshelllll...Disini menyeshall..

Yang point c pulak, dah elok dah pergi mamak Alfa Maju.. Makan nan cheese, makan meggi asam laksa...dah masuk pulak SPPIM tu..dah key-in segala maklumat bahagian lelaki, bahagian perempuan, sekaliii tak bawa document penting..Segala sijil kursus kahwin, HIV Test tinggal dekat rumah, IC Ayah untuk bahagian wali pun tinggal.. Hmmmmpphh. Terus la log-out. Sambung buat harini-060317. Disini menyeshall tak? TAKKKK..haha. Ngek.

Tadaaa.. Ni bagi tengok sket je kad.hahaha. Ni yang aku masukkan

Nampak tak gigih menyempit buat dalam kete. Ni Hazwie buat.

"Noli-300pcs"- Aku buat sikit je kad sebab risau la bazir je sebab ramai jugak yang invite guna softcopy.

Ni yang dah siap masukkan
Masa buat ni, Hazwie duk peril-perli haku, cakap buat lambat lah apa..hahaha. Eh, biarlah. Tapi, ramai orang cakap aku buat kerja slow..kahkahkah.. Aku, kalau masak.. siang bahan sekali..Lepastu letak bahan satu-satu dalam mangkuk..Lepastu baru masak..haha..berejam baru siap masak. haha. Aku tak boleh lah masak laju-laju, nanti tak sedap. hahaha..


Eh, oklah, tu je nak mengadu. Nanti aku update yang lain pulak.
Burbye.
Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment