Pages

Sunday 12 March 2017

#HazwieNoliInAction - Tampal TQ Tag Dan Cranky

Assalamualaikum

Ini kisah 11/3/2017. Hari yang penuh kisah. Kalau ikutkan, plan macam-macam tapi hasilnya secoettt je. Masa ni hari Sabtu. Memang plan harini nak keluar awal. Lepastu berangan nak buat reben kat gazebo Taman Wetland, Putrajaya. Mula-mula Hazwie suruh kejut dia pukul 9 pagi tapi disebabkan malam tu dia tido pukul 2 pagi, ambik kawan dia dekat Tg.Malim, maka dia request kejutkan dia pukul 11 pagi. Aku ok jelah. Sebab, dia cakap dia nak pergi CIMB Bank.

So, dalam 12 lebih kiteorang pun keluar. Pergi makan dulu macam biasa. Lepastu Hazwie pergi bank. Tengok-tengok hari Sabtu bank tak boleh keluarkan Bank Statement. Hari sabtu untuk tukar kad je. LOL. Kiteorang pun terus jelah menuju ke Taman Wetland.

Masalahnya aku confuse antara Taman Wetland dengan Taman Reakreasi Air Wetland. Hmmmpphhh. Aku risau kena marah sebab asyik cakap tempat yang salah. Nasib la Waze membawa kami menuju kebenaran; Sesungguhnya walau ku kutip semua permata.#EhOverPulek. Hahaha.

Ok, masa kiteorang sampai tu tengah hari taw. Berpusing-pusing jugaklah mencari gazebo. Bila dah jumpa, kiteorang bawa la turun barang. Haaaa, bermula lah kejadian seseorang cranky. OMG, macam aku bawa baby boleh bercakap ok. hahaha

Sebabnya, cuaca panas and memang la bahang. Tapi, Hazwie ni dari awal duk panas-panas. Aku suruh la dia bertenang dengan duduk setempat. Nak dijadikan cerita, benda alah reben yang kiteorang nak buat tu agak leceh. hahaha. Dengan nak gam-gam. Aku buat la tunjuk contoh. Masa aku gam first layer reben dekat kotak tu , reben tu tercabut sebab tak gam kuat lagi and terus jadi senget. Hazwie dah pandag aku semacam. hahaha, ngek. Seolah macam perang psychology. Bila dah siap, hasil dia OMG Buruk..hahaha. Aku boleh dengan bangangnya cakap, "Haaa..kita kena buat macam ni lah". Dia da sengih-sengih macam dalam erti kata lain nak cakap, "Apa ke buruk naw". Kahkahkah.

The rest is history. Bhahahaha. Aku nangis la, bergaduh pung pang..Hahahaha. Lepastu dah petang and redup sikit, barulah ada angin. Baruuulahh orang tu tak bising cakap panas-panas. Adoillaaa. Hazwie duk bising cakap kotak surah tu dah cantik, tak payah lah aku nak letak reben-reben dah. Aku pun follow jela sebab memang ye pun leceh..Kiteorang continue dengan tampal TQ tag dalam surah tu sebab buku surah tu takde nama kiteorang. So, kalau letak nama adalah kenangan sikit. lagipun, TQ tag tu kalau nak tampal dekat paper bag goodies, memang paper bag goodies kiteorang dah ada print nama.

Habiskan sekotak je TQ tag tu petang tu, sekotak lain kena tampal esok pulak. Disebabkan masing-masing pun dah bad mood petang tu, Hazwie pun sebenarnya mengantuk tak cukup tido, maka aku suggest la kiteorang balik je. Kain baju kotor aku basuh esok jelah. Aku ajak hazwie singgah kedai buah dekat area rumah. Aku beli sebiji nanas dah siap potong, buah plum gemuk-gemuk 7 biji, Kiwi 5 biji. Semua tu total 24.00. Aku rasa macam murah compare beli dekat Giant ke, Tesco ke. Aku rasa lah.

Siap beli buah, aku ajak la hazwie balik sebab tangan aku dah gatal nak warna buku Secret Grden aku. Hazwie hantar lah aku balik. Sekali masa kat rumah aku text dia, dia tengah basuh kain baju aku. Terkojuit den. Aku pikir dia terus balik jelah sebab dia mengantuk. dah aku rasa bersalah sebab kain baju dia takde lansung. Uwaaaa.

Petang tu dia tidur memang berpusing sampai esoknya ok. Esoknya, bersambung lagi episode Telenovella Ayamoreeeee. Sambung esok. Daaaa

Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment