Pages

Thursday 9 March 2017

#HazwieNoliInAction - SPPIM & Durian 2.0

Assalamualakum..

Semalam (7/3/2017) - lepas balik kerja, aku dengan Hazwie pergi OldTown sebab nak  minta kebenaran berkahwin thru SPPIM (Sistem Pengurusan Perkahwinan Malaysia). Senang sikit guna online system. At least tak yah lah susah-susah nak print borang semua.

Ada certain negeri je yang dibawah SPPIM ni. First part kena isi bahagian pemohon lelaki, lepastu isi pemohon perempuan, status kedua-dua, bahagian wali. Nasib la Wi-Fi OldTown tu tak buat perangai. So, smooth je.


Bergaduh je kiteorang masa nak isi online tu. Aku tukang taip. Hazwie tukang bacakan. Dia baca boleh buat menyirap. hahaha. Satu perkataan-satu perkataan. Tapi, sebab dah berapa kali maklumat asyik tak dapat. Haritu smooth la..hahaha. Lepas siap semua, submit and kena cetak borang and sesiap checklist. Checklist perempuan buat aku berpeluh dahi. leceh la prosedur. hehehe.


Ni borang tak print lagi. haha. Jap lagi la print. Hazwie kena cepat-cepat la settlekan borang dia, so lepas yang dia lulus, turn aku pulak.


Kalau untuk bahagian Wilayah Persekutuan, kita kena tahu tarikh pernikahan mak dan ayah, tapi bukan bahagian yang bertanda * iaitu wajib. Borang still boleh proses. Next step nanti aku cerita lagi, or selepas kahwin aku akan cerita full pengalaman kebenaran nikah bawah situasi macam aku, InshaAllah. Semoga aku dapat kahwin la..hahaha.


Lepastu aku confuse nya, lepas kita submit form online tu, dia appear pop-up box tulis, "Anda dan pasangan dikehendaki hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah masing-masing dalam tempoh 14 hari bagi proses kelulusan permohonan." Apakah dimaksudkan ini?? Adakah Hazwie kena pergi PAID Perak dalam masa 2 minggu ni? Tapi, ayatnya Anda dan Pasangan. Adakah aku pun terlibat sama? tak fahammmmm...hahaha. Poning den. Ok, mari biarkan je Hazwie pening dengan situasi ni.


Nak dijadikan cerita, lepas submit borang semua, kami pun bergegas mencari durian. Woot..woot.. tazabar..tazabar.. Dulu, aku kan pernah cerita pasal Durian mahal tu.. Boleh baca kat sini. Kalini wa tak sanggup dah dik..hahaha. Gilos 2 biji serratus (Nampak tak harakat dia lebih sket?) lebih. Jadi, mari kita pergi kedai durian yang harganya boleh dihadam oleh minda. Zooommmm... ke Puchong Perdana. Kat sini dia letak, 2 biji RM15.00. Aku pikir nak ambik yang tu lah.. Sekali Hzwie pilih yang sekilo RM15.00 2 biji. Ok, dari dalam kete memang kiteorang dah mind set, ambil 2 biji je ye. Sekali, dia ambik yang sekilo RM18.00 sebiji lagi. Aku dah macam..aikkkk??? Total 3 biji RM68.00. Kira boleh hadam lah lagi 3 biji RM68.00 kan?


Dalam kete, aku pun tanya lah kenapa ambil 3? Kan kita nak 2 je? Dia jawab, tak sedaplah ambik 2 biji je. Laaaa, apakah sangat. Aku ingat aku sorang je spisies beli barang tak sampai hati camtu. Adoilaaaaa, dah berjangkit pulekkkk. Tapi, tak kisahlah, janji aku dapat makan durian. Kiteorang plan nak makan durian dekat Taman Wawasan area rumah aku jugak. Dekat taman tu, malam-malam je selalu ramai orang main bola tampar. So, tak gelap and tak sunyi. Dappp..dappp....manis and lemak.. tapi, tak la sesedap yang mahal dulu..hahahha. Tapi, yang ni pun dah cukup sedap gila babs bagi aku. Syukur Alhamdulillah.


Tapi, gambar sume tak ambik sebab sibuk makan. Kalau dalam 1 ruang tu ada 3 isi, mata aku perati Hazwie makan laju ke tak.. Sebab, aku takut dia makan lagi banyak berganda dari aku. Makan sambal jeling orang lain sebab takut habis..hahaha. Perangai maam harommmm..hahahahha.
Tapi, aku seronok lah dapat makan duian manis..Sebab aku suka durian. nasib la Hazwie pun sama gila durian macam aku.


Lepastu, masa nak buka botol air mineral yang baru...tangan aku sebelah kotor makan durian. So, aku try la bukaguna satu tangan, tak jalan. Hazwie suruh aku tunggu kejap dia nak basuh tangan dulu. Tapi, aku kan degill.. Acag-acah la nak buat sendiri. So, aku kepit botol tu guna peha, aku buka dengan 1 tangan. Boleh terbuka, TAPI...


-












-














-




AIR KELUAR MACAM AIR PANCUT, HABIS BASAH SELUAR. WAHAHAHA. Sebab, aku kepit botol tu rapat sangat. Aku punya takut kena marah (Masa tu Hazwie duk bizi-bizi buang kulit Durian), aku bangun laju-laju tutup bahagian basah dengan baju. Aku ingat line dah baekkkkk, sekali dia nampak. Dia cakap, "Tu kenapa dah basah-basah teruk?" Op...OOOOOOOOO.. Gue terperangkap.kahkahkah.. Aku bagitaw jela cite sebenar. Terus dia gelak kan aku dengan cara annoying. Aku rolling eyes je duk tepi. Lepas jadi annoying, masuk fasa ustaj-ustaj pulak.. Degil..bla..bla.. tak sabar..tak tunggu..bla..bla..apa nak jadi...bla..bla.. Benda-benda cmni la sebab nya aku sorok dari dia tadi..hahahha.


Lepas je siap kemas semua, kami pun pulang dengan bau durian.


Sekian, terima kasih.
Burbyeeeeee.

No comments:

Post a Comment