Pages

Friday 3 June 2016

#HazwieNoliInAction - Mersing

Assalamualaikum,

PH masa labour day aku jalan-jalan pergi Mersing. Dekat sana memang best sebab dekat gile dengan laut. Pergi sebab nak attend kenduri kahwin. Plan asal nak bertolak pukul 7 pagi (lah sangatttt). Realitinya, pukul 11 baru bertolak ye.. Dengan tak sarapan.huhu.. Stop jap isi minyak, then terus shoot. Kiteorang ikut highway LEKAS, masuk jelebu, muadzam and terus ke Mersing..

Tapi aku suka pemandangan masa dekat Jelebu sebab suka tengok kawasan rumah sana, bersih je. Lepas tu habit aku suka tengok tepi-tepi jalan banyak orang jual makanan. Walaupun aku tak beli, tapi aku tengok..hahaha..Kalau highway kan macam bosan sikit. Kalau berjalan jauh, aku suka nikmati perjalanan. Tak sukalah jenis rushing- tak singgah makan, tak singgah beli jajan.hahaa. habit aku dari kecik, kalau dah start jalan jauh, beli jajan masa singgah isi minyak is a must .hahaa.. Ada rasa bahagia dan gembira disitu..kikiki..Lagi satu, aku suka jenis tapau dari rumah, makan adalam kete..

Eh, terpajang plak cite.. Sampai Mersing aka knduri kahwin dalam 4 lbih.. orang pun dah balik.. xpelah, niat nak attend je kan.. tapi, still sempat makan lagi..hehehe..lepas siap semua, kiteorang pun gerak ke rumah Hazwie.. Sebelum tu Hazwie sempat la bawak pusing laut. Tengok jeti nak ke Pulau Rawa, Pulau Tioman. Bawa p pesta dekat pantai.hehehe.. Aku sempat beli buah tangan nak bawa ke rumah Hazwie. Beli kerepek-kerepek je. Pastu sempat selfie-selfie..hehe..

Dah nak petang, kiteorang pun balik rumah. Malam tu xde air, so mandi dekat rumah abang Hazwie..hahaha.. Eh, malam tu sempat tolong mak Hazwie goring mi lidi.. Aku pun first time makan mi lidi.. Ke ada je jual tapi aku tak taw?hahaha.. Dah siap masak and makan semua, malam tu terus belayar sebab penat seharian atas kereta.

Esoknya, pagi sarapan macam biasa. Tengah hari macam biasa tolong mak Hazwie masak. mak dia masak sambal sotong dengan ikan masak kicap, buah tembikai, air sarsi..hehehe..bertambah jugak aku makan..dasar sangat kan perangai..hehehe.. Petang tu keluar ke Bandar Mersing cari makanan , buah dengan cari bag aku..hehehe..Maghrib tu balik.

Esoknya...esoknya terus..haha..pemalas gile nak cite..ala, xde aktiviti apa pun sebenarnya..Esoknya pergi kenduri jiran rumah Hazwie.. Kira jiran depan rumah. Ada makcik satu table dengan aku ni, dia jenis ramah sangat. Dia Tanya aku, "tahu tak masak tempoyak ikan patin?", aku angguk smbil senyum... Terus makcik tu bagitw bahan-bahan pada aku.. Aku terrr 'owwwwwww'...hahaha.. Balik tu mak hazwie cerita dekat family yang akak tu ajar aku masak tempoyak ikan patin.. hehehe.. Aku pun sebenarnya bukan tahu sngat masak tempoyak ikan patin tu..hahaha.. Tu yang aku 'owwwww'..hahaha..

Balik kenduri, free activity sampai malam. dan--esoknya balik Puchong macam biasa. Sebenarnya ni sesi kenal-mengenal..hehehe..Ok, jumpa lagi nanti.

Daaaa

No comments:

Post a Comment