Pages

Tuesday 2 August 2016

#HazwieNoliInAction - Persiapan Tunang dan Merisik


Assalamualaikum..

huiyoo, lama tak update..kihkihkih..ok, memang bkn aku la kalau tak hangat-hangat taik ayam.hahaha.. oklah, since aku up entry ni, kalau diizin olehNya lagi beberapa hari je, aku dah nak bertunang. Aku takut sikit.hehehe.. Bukan takut sebab nak tunang ke apa. aku takut jadi aral atau kelancaran majlis tu je..huhu.. Semoga Allah permudahkan. Amin.

Preparation untuk tunang ni, aku cuba buat sebaik mungkin dan sejimat yang mungkin. phewww...ingat senang nak jimat? dengan semua napsu membuak-buak ni. Susah dik;susah. Eh, kau ni..hahahaha.

Ok, back to the point yeah. Firstly, tema majlis. Walaupun buat kcil-kecilan harus ada tema ye uolsss..Aku pilih tema klasik/lama. Reason? Sebab rumah aku banyak deco-deco klasik macam piring hitam, kipas tembaga, segala jenis bakul buruk, seksafon kasim selamat. eh, banyak lagi kot. (Read: sebenarnya dah sikit hiasan ayah aku sebab dah kena rembat..hahaha) Ni kalau kakak aku baca; mau lah aku kena hampuk..ekekekekeke.

Disebabkan temanya klasik, maka baju tunang aku juga haruslah klasik. gitewwww. No lace, No beads ya. Just baju kurung moden cotton dengan kain batik SAHAJA. simple kau.hahaha.. Aku ingat kakak aku nak band dah idea baju aku ni..tengok-tengok dia setuju.hahaha.

Cincin pulak dah tentu-tentu aku yang pilih dan orang lain yang bayor..hahaha..Disebabkan occasion adalah merisik dan tunang, maka; cincin adalah dua juga.. Aku tetap aku jugaklah. pilih cincin simple je.. lepas tu haluiihhhh (read:halus) pulak tu. Sama mcm konsep orang lain. belah rotan untuk merisik dan solitare ring untuk tunang. Dah siap beli baru aku tahu sebenarnya yang lebih sesuai belah rotan=merisik, eternity ring=tunang, solitare ring=kahwin. Tapi, semua ini dah terlambat. Aku pilih halus and kecik sebab aku ikut kesesuai saiz jari. saiz jari aku 9/10.. so, kalau besar sangat...macam..errr...

Apa lagi eh? Hantaran adalah semua makanan ye sebab kahwin nanti taknak dah makanan-makanan ni..mihmihmih. Jumlah hantaran, 5 berbalas 3. Aku sebenarnya adalah sikit kecewa sebab aku dapat sikit je makanan..hahaha. Tempat letak hantran di deco oleh kakak aku ye sebab beliau kratif bnda-benda gini. Aku? Hampeh

Lepastu,  haaa..makanan..Aku buat untuk 100 orang makan je sebab majlis pun kecik je.. Kakak aku and abg ipar yang masak..hehehe.. Menu yang diplan adalah nasi tomato, ayam masak merah, nasi putih, gulai daging, acar, bubur kacang, buah tembikai, air, dan sikit tambahan kuih kot..hehehe..Kita tengok update reality selepas majlis  nanti cne jadi menu ni..hahaha

Khemah pulak, maybe ayah aku pasang 2 khemah untuk makan. Khemah guna yang surau punya. make up ambik dekat sepupu aku, photog ambik dekat adik BFF aku..eh, tetibe terang laju..hahaha.. Lepastu, apa lagi eh?

Pelamin aku pulak..err..segan nak sebut pelamin sebab takde pelamin pun..hahah..ok, pamggil tempat bergambar..hahaha..aku DIY guna hiasan klasik ayah aku tadi sudah..hahahaha..Lepastu, ada la aku add-on gedik2 beli stand lamp dekat IKEA, langsir nak tutup dapur umah aku dari pengamatan mata tetamu, alas dulang hantaran.

Ni aku masukkanjelah pape gambar berkaitan pertunangan aku eh.. Gile pemalas aku ni..hahaha.
Ni Frame untuk deco tempat bergambar. Ada lagi few design; tengoklah mana yang sesuai nanti


Ni Props untuk aku amik gambar nanti.



 
Tu je dulu gambar sebagai teaser. Nnanti lepas majlis, InshaAllah, aku update dengan pic lain sekali ok.daaaa.

Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment